Saturday 16 June 2012

selamat hari bapa :')

tujuh belas june. selamat hari bapa kepada semuaa bapa di seluruh dunia.
honestly aku rindu abah. rindu yg amat mendalam. tak tahu nak terangkan macam mana. nak describe kerinduan tu tahap apa. and nak luahkan dekat sapa. sentap :'(

teringat zaman sekolah dulu. waktu duduk asrama. when i was form 1, abah akan sentiasaa melawat aku. sebab aku selalu nangis nangis call abah waktu tu. almaklumlah, tak biasa duduk asrama lagi. kehidupan sbg seorang junior yg selalu di settle amat menstresskan otak.

begitu juga form 2, and form 3. waktu form 3 paling kerap. abah turun dari cameron ke teluk intan semata mata nak jenguk aku.

waktu form 3 tu, paling kerap. even waktu abah demam. abah selalu demam bila melawat aku. bila nak balik n aku slm, baru aku prasan tgn abah panas. abah sakit. tapi still melawat aku :'(

wktu form 3. on my birthday. abah wish . mintak maaf sebab lupa bg hadiah. actually aku tak kisah pun pasal hadiah, sbb aku dah biasa. no birthday party and no gift. aku faham abah ramai anak. so tak hairan lah kalau abah tak ingat tarikh lahir semua anak2 dia. bila abah mintak maaf, aku jadi sebak. thus, abah datang. bawak aku outing. then abah cakap amik je ape aku nak. apa apa je. then aku amik la 2 sluar, kasut n ape tah aku tak ingat. termasuk handphone baru.

aku pelik. tak pernah abah beria ria nak belikan aku brg itu ini. sgt hairan.

lepas pmr. ada programme pasca pmr. aku bawak phone g skolah. ttbe time program ade spotcheck. gelabah kot. phone tu dalam beg. cikgu check beg one by one. yg peliknye cikgu tak nampak phone aku yg trang tang tang dalam beg. kwn2 aku semua kna rampas. miracle happen. semua jadi ada hikmahnya. 2 days after spotcheck tu, aku dapat call dr kakak aku. abah sakit tenat.

ya allah, berdebar tak terkata. menangis sampai kering air mata. kak yong ambil aku kat hostel dlm pukul 2 pagi. terus pergi hospital. sedara mara dah ramai. ya allah. abah sgt kurus. hati tak tahan sgt nak peluk abah.

dua minggu. keadaan abah mcm tu. tak bercakap. kurang makan. perit hati tgk. yg melihat pun tersksa, apatah lagi menanggung. abah ada cancer. bronchotis ke apa namanya. doktor cakap 50-50 je.

aku mulai redha. aku dah bersedia utk kehilangan org yg aku syg. malam tu, aku ngn kak yong suruh mak balik. biar kami jaga. kesian mak sakit badan berminggu minggu tidur atas lantai hospital. jadi malam tu aku n kak yong jaga abah.

bagi abah makan, lap badan abah, baca yassin . ya allah.. perit nak ingat balik. aku cium abah. aku betul2 rindu. *crying.

pagi tu. kak yong kena panggil dgn doktor. aku disisi abah, baca yassin pagi tu. tanpa aku sedar( tgh baca yassin), abah pergi tinggalkan kami. mak abang semua on the way ke hospital. hanya aku mengadap pemergian abah. ya allah . menggeletar aku tengok selimut hospital telah menutupi wajah kurus abah. tergamam. sentap. aku call mak . mak tak sempat bercakap dgn abah utk terakhir kali. cuma aku. yea. cuma aku.

orang cakap aku bertuah sebab ada kat sisi arwah semasa dia meninggal. org cakap Allah tahu aku kuat untuk face keadaan tu. aku lemah. tapi aku gagahan diri utk berdiri. aku cuma redha abah pergi, drp terus menanggung kesakitan yg dia alami. .

lepas abah meninggal, byk cerita yg aku baru tahu dari mak. mak cakap, selalunya lepas abah melawat aku kat hostel, kereta abah selalu rosak kat jalan tapah. abah selalu tidur dalam kereta kat jalan tapah tu. bukan sekali tapi byk kali. bayangkan, jalan yg bengkang bengkok n takde lampu, org jarang lalu lalang, nyamuk.. abah sanggup. demi aku :(

maaf, aku tak kuat utk teruskan penulisan. terlalu sedih utk dikenang. ALFATIHAH untuk abah.

YA ALLAH , TEMPATKANLAH MANSOR BIN CHIK DIKALANGAN ORANG ORANG BERIMAN..AMIIN.

abah, adik rindu abah :( terlalu rindu. selamat hari bapa abah :(


0 comments:

Post a Comment